Sabtu, 10 Jun 2017

Julia Perez meninggal dunia

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Aktres popular Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yulia Rachmawati menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas tiga tahun menderita kanser serviks.  
 
Berita itu disahkan adik Allahyarhamah, Nia Anggia menerusi Instagram sebentar tadi.
 
"Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez.
 
"Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya (sokongan) selama ini. I love you Yuli," demikian tulis Nia. 
 
Julia, 36, menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit (RS) Cipto Mangunkusumo, Jakarta.
 
Tahap kesihatan aktres itu dilaporkan mula merosot dan membimbangkan sejak April lalu, apabila tidak dapat mengingati dan mengenali orang sekelilingnya dengan baik. 
 
Allahyarhamah sebelum ini disahkan menghidap penyakit kanser serviks tahap empat.
 
 

Tiada ulasan: