Rabu, 7 Jun 2017

Jubli Jerusalem: Pakatan Harapan membisu kerana enggan sokongan pengundi terjejas

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang seakan membisu berhubung penganjuran sambutan program tiga hari 'Jerusalem's Jubilee' di Melaka, dilihat ekoran mahu menjaga sensitiviti dan pengaruh penyokong mereka khususnya yang beragama Kristian.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan, pendirian berkenaan diambil kerana tidak mahu ia menjejaskan kedudukan mereka dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Saya melihat mungkin dari satu segi kita melihat bahawa dari sudut parti pembangkang terutamanya gabungan mereka yang melibatkan parti DAP yang majoriti mereka beragama Kristian. 
 
"Mungkin dari sudut sensitiviti penyokong agama mereka menyebabkan mereka bagi saya, tidak begitu berani untuk melemparkan kritikan secara terbuka kerana mungkin dia juga akan mempengaruhi sokongan terutamanya penyokong yang beragama Kristian," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Ujarnya lagi, pendirian yang diambil Umno-PAS yang lantang membantah program tersebut sejak awal adalah disebabkan kedua-dua parti berkenaan tidak berkompromi mahupun mempunyai kepentingan dalam isu ini. 
 
"Sebab itu saya melihat Umno dan PAS agak ke depan dalam isu ini berbanding dengan pembangkang kerana kalau kita lihat keseluruhannya memang kedua parti ini tidak ada kepentingan langsung dalam isu ini. Manakala parti pembangkang mereka mungkin DAP misalnya mngkin sebahagian mereka beragama Kristian jadi isu ini mungkin tidak begitu sensitif bagi parti mereka. 
 
"Walaupun isu ini berkait dengan isu agama Kristian dan kita juga tahu bahawa sebahagian dari parti-parti komponen dalam BN dan mereka boleh menghormati bahawa agama negara kita adalah agama rasmi dan terutamanya sensitiviti terhadap agama Islam memang akan diperjuangkan oleh Umno. Ini bukan perkara baru daripada dulu lagi kita lihat Umno juga berkaitan dengan isu agama seringkali memperjuangkan isu ini. Terutama isu berkaitan dengan Palestin," tambahnya.
 
Semalam, penganjur perhimpunan Jubli Jerusalem membatalkan program tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada semalam juga mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan penganjuran himpunan yang dirancang di Melaka pada 15 hingga 18 Jun ini. 
 
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron juga dalam kenyataannya hari ini menafikan memberikan kelulusan penganjuran program berkenaan.
 
Selain PAS dan Umno, sambutan ke-50 kemenangan Israel menjajah Palestin itu turut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk berpuluh NGO. 


Tiada ulasan: