Khamis, 8 Jun 2017

Isu Shafee terima RM9.5 juta: Kenyataan Musa undang curiga?

 Berita Daily Staff

Pasukan petugas khas pada 9 Julai 2015 mendedahkan bahawa Najib mempunyai sekurang-kurangnya dua akaun Ambank Islamic – yang lain telah ditutup pada 9 Mac 2015

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang mempertikaikan bayaran RM9.5 juta kepada peguam terkemuka Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta menimbulkan tanda tanya

Demikian kata penulis blog Shahbudin Husin yang turut mendakwa bekas ketua polis negara itu kemungkinan memberi fakta yang salah dalam satu sidang media semalam.

“Entah kenapa, tiba-tiba saja bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan tampil mempertikaikan bayaran RM9.5 juta kepada Shafee Abdullah yang didakwa daripada akaun peribadi Najib Razak seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report, baru-baru ini.

“Sebelum itu, beberapa puak pro Najib turut menggunakan hujah yang sama untuk menafikan bayaran tersebut meskipun Perdana Menteri dan Shafee sehingga ini kekal membisu dan berdiam diri daripada memberi sebarang reaksinya.

Walaupun wujudnya dakwaan ini, namun Shafee menurutnya lagi sehingga kini masih gagal memberikan respon.

Musa semalam mempersoalkan kesahihan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Najib Razak membayar peguam terkemuka Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.

Beliau pada mulanya merujuk laporan Malaysiakini bertarikh 8 Ogos 2015, tetapi kemudiannya menjelaskan ia adalah laporan bertarikh 15 Ogos yang bertajuk “US$650m from Najib’s account sent abroad” yang menyatakan bahawa akaun Najib di Ambank telah ditutup pada 30 Ogos 2013.

Pasukan petugas khas pada 9 Julai 2015 mendedahkan bahawa Najib mempunyai sekurang-kurangnya dua akaun Ambank Islamic – yang lain telah ditutup pada 9 Mac 2015.

Namun, mengikut laporan Sarawak Report, Shafee dibayar RM4.3 juta pada 11 September 2013 RM5.2 juta pada 17 Februari 2014, iaitu masing-masing dua tahun dan setahun sebelum dua akaun milik Najib ditutup.

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal berkaitan dengan 1MDB dan SRC International, terdiri daripada bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.



Tiada ulasan: