Jumaat, 9 Jun 2017

Isu FGV: Nazri Aziz tempelak Puad

MALAYSIAKINI



Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan kedudukan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan dua orang besar yang berseteru di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) supaya meletak jawatan.

"Puad dia siapa, perdana menteri ke. (Puad) bukan PM. Apa penting kenyataan dia. Kamu mesti dengar kenyataan PM, kita hanya ada satu PM je, (Datuk Seri) Najib Razak. Yang lain itu tak penting.

"Saya lebih besar daripada Puad Zakarsi," kata menteri pelancongan dan kebudayaan ketika ditemui pada majlis pembukaan Seminar Insentif China di di KLCC, sebentar tadi.

Semalam, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno menyarankan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad perlu mengambil jalan lebih bermaruah dengan berundur dari FGV.

"Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah.
Biarkan muka baru dan tenaga baru mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan shareholders (pemegang saham) terutamanya para peneroka.

"Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemelut yang melanda FGV, Nazri menambah, beliau mahu hal itu diselesaikan dan biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan tugas mereka.

"Biar mereka selesaikan. Benda ini tidak ada untung untuk berbalah dalam surat khabar, kita ada prosedur dan biarlah proses berjalan. Kalau dah lapor SPRM, biarlah mereka siasat," katanya lagi.

Berkenaan cukai pelancongan yang bakal diperkenalkan kerajaan, Nazri berkata, rancangan tersebut berjalan seperti yang dirancang dan tiada pembatalan mengenainya.

"Warta itu automatik. Apabila dilulus oleh Parlimen, maka perwartaan itu automatik. Jadi yang perdana yang melakukan undang-undang adalah Parlimen, perwartaan adalah formaliti sahaja.

"Belum warta itu kenyataan itu betul tapi bukan satu perkara yang boleh dihalang ahli-ahli Parlimen kita yang lulus sebulat suara cukai ini akan dilaksanakan.

"Pastinya (ia) akan dilaksanakan, kita sasarkan pada 1 Julai ini," kata Nazri lagi.

Cukai pelancongan itu akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.

Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.

Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.

LIHA VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: