Ahad, 11 Jun 2017

Iran hantar 100 tan makanan ke Qatar setiap hari

 
Qatar sedang berbincang dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalana makanan dan air selepas negara Arab Teluk memutuskan hubungan dengan mereka.


iran-air


LONDON: Iran menghantar 4 pesawat kargo membawa makanan ke Qatar dan merancang untuk menghantar 100 tan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, kata pegawai kerajaan Iran, berikutan kebimbangan mengenai bekalan makanan selepas pembekal terbesar Qatar memutuskan hubungan dengan negara pengimport itu.

Qatar mengadakan perbincangan dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan air selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain menuduh Doha menyokong terorisme dan memutuskan hubungan. Qatar berkata dakwaan itu berdasarkan pembohongan.

“Susulan sekatan itu…ke atas Qatar, IranAir setakat ini sudah menghantar makanan dan sayur-sayuran ke negara itu melalui 4 penerbangan,” kata ketua perhubungan awam di syarikat penerbangan Iran, Shahrokh Noushabadi, lapor agensi berita Fars semalam.

Ketua pertubuhan industri, perniagaan dan perdagangan di wilayah Fars juga dipetik agensi berita Tasnim hari ini berkata pesawat pertama membawa makanan ke Qatar terbang ke Qatar dari bandar Shiraz.

“Kita akan eksport 100 tan buah dan sayur-sayuran ke Qatar setiap hari,” kata Ali Hemmati.

Qatar, sebuah negara semenanjung dengan penduduk seramai 2.5 juta orang, mengimport 80% keperluan makanannya dari negara Arab Teluk sebelum hubungan mereka terputus.

Iran, yang berseteru dengan Arab Saudi dan menjadi sasaran langkah itu di sebalik tabir, menyeru kedua-dua pihak mengatasi perbezaan mereka.

Tiada ulasan: