Rabu, 7 Jun 2017

Inilah wajah pengganas serangan London Bridge

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
LONDON: Seorang bapa kepada dua anak dan seorang warga Libya-Maghribi berusia 30 tahun kini didedahkan sebagai dua pengganas dalam serangan London Bridge, Sabtu lalu.
 
Pengganas itu dinamakan sebagai pelampau Britain, Khuram Butt yang dirakamkan mengibarkan bendera ISIS dalam siaran televisyen.
 
Malah dia mempunyai rekod polis sebanyak dua kali tetapi masih melancarkan serangan di jalan di London.
 
Khuram, yang mempunyai satu lagi nama panggilan 'Abz' dilahirkan di Pakistan, menggelarkan orang Islam yang tidak berjanggut sebagai golongan yang tiada kepercayaan dan tidak akan bercakap dengan wanita secara langsung. 
 
Khuram yang merupakan penyokong bola sepak, memakai baju Arsenal di sebalik jaket 'berani mati' palsu dia semasa dia dan dua lagi rakannya menaiki van lalu merempuh orang ramai di London Bridge, sebelum menikam mereka secara rawak.
 
Insiden itu mengakibatkan tujuh maut dan 48 lagi cedera.
 
Seorang lagi dinamakan sebagai Rachid Redouane, seorang chef pastri yang tinggal di Ireland bersama isteri warga Scotland.
 
Dia bagaimanapun tiada disenaraikan di dalam radar sebagai pengganas.
 
Rachid juga mempunyai nama lain iaitu Rachid Elkhdar yang mendakwa dirinya enam tahun lebih muda.
 
Ibu kepada anaknya yang berusia 18 bulan dikatakan merupakan antara 12 suspek yang ditahan dan dibebaskan tanpa pendakwaan, selepas dikaitkan dengan serangan pada Sabtu malam.
 
Pengganas ketiga masih belum dinamakan oleh Polis Metropolitan.
 
Kata polis, walaupun Khuram di dalam senarai pemerhatian mereka tetapi tiada bukti mengatakan dia merancang untuk melancarkan serangan sekaligus kesnya bukan satu keutamaan ketika itu. - Mail Online
 
 

Tiada ulasan: