Khamis, 15 Jun 2017

Harga petrol, diesel turun lagi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel turun lagi mulai tengah malam ini. 
 
Bagi tempoh 15 Jun hingga 21 Jun ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tujuh sen. 
 
Harga runcit petrol RON95 turun tujuh sen kepada RM1.98 seliter manakala RON97 juga turun tujuh sen kepada RM2.24 seliter. 
 
Harga runcit diesel pula turun enam sen kepada RM1.88 seliter. 
 
Kesemua penurunan berkenaan berlaku selama dua minggu berturut-turut. 
 
Bagi minggu sebelum ini iaitu 8 Jun hingga 14 Jun, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pada RM2.31 dan diesel RM1.94 seliter.
 
 

Tiada ulasan: