Sabtu, 10 Jun 2017

Harga getah turun: Aidil Fitri penoreh suram

MUHAMMAD SANUSI MD NOR

 
LAMA juga tidak menulis pasal sekerap, apabila kawan-kawan motong berasa lega sikit sejak awal tahun ini. Pada 17 Januari 2017, harga sekerap mencecah RM4. 50 sekilo.
 
Namun seperti dijangka, harga itu tidak mampu bertahan. Kira-kira sebulan sahaja, harga sekerap mula jatuh hari demi hari. Kelegaan tidak berpanjangan.
 
Semalam, 8 Jun 2017, kira-kira 6 bulan selepas itu, harga sekerap tinggal RM2.15 sekilo, kembali kepada harga sebelum bulan Oktober 2016.
 
Penoreh mula ditolak masuk semula ke petak lama, susah dan sempit.
 
Dekat-dekat nak raya ini, janganlah sampai tinggal RM1.70 pula sekilo.
 
Untuk makluman, bantuan khas RM200 sebulan selama tiga bulan yang Perdana Menteri umum dalam bajet 2017 tidak tahu hilang ke mana.
 
Tiga empat kali pengumuman kerajaan tentang duit sekerap dalam bajet didapati hilang lesap, macam sekerap dalam pot dikebas 'taik pit' juga. Duit untuk orang susah janganlah dibuat macam tu. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: