Isnin, 5 Jun 2017

Hanya ALLAH sahaja mampu balas jasa TMJ

Hanya ALLAH sahaja mampu balas jasa TMJ
 

PEMAIN Perlis, Alafi Mahmud terharu dengan keprihatinan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sudi menampung kos pembedahan anak perempuannya, Adra Medina yang mengalami masalah paru-paru dan jantung berlubang.

Adra, 53 hari akan menjalani pembedahan pertama ke atas paru-parunya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Menurut Alafi, jika boleh beliau sendiri mahu berjumpa Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menyatakan rasa terharu dan ucapan jutaan terima kasih kerana membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

"Menjunjung kasih kepada Tunku Ismail kerana sudi menampung kos pembedahan anak perempuan kami Adra Medina. Besar rahmat buat kami sekeluarga dengan pertolongan ini.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat buat TMJ sekeluarga dan jasa baik Tunku hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: TMJ biayai kos perubatan anak pemain Perlis]

Tiada ulasan: