Selasa, 6 Jun 2017

Hadi dijangka dibenar keluar hospital beberapa hari lagi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka dibenarkan keluar daripada hospital dalam beberapa hari lagi.
 
Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tahap kesihatan Ahli Parlimen Marang itu semakin baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan lancar.
 
"Ketika saya bertemu Tuan Guru malam tadi, sempat juga Tuan Guru mengambil sedikit masa untuk mencatatkan nukilan beliau bagi bacaan awam yang telah dikeluarkan pada hari ini.
 
"Kami dimaklumkan bahawa Tuan Guru dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi, insya Allah.
 
"Marilah kita terus berdoa agar Tuan Guru kekal bertenaga untuk terus mengemudi Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pertengahan Mei lalu bagi menjalani pembedahan penggantian injap jantungnya. 
 
Pembedahan tersebut dilakukan kerana kesihatan Hadi semakin tidak mengizinkan akibat kebocoran pada injap jantung beliau.
 
 

Tiada ulasan: