Jumaat, 16 Jun 2017

Empat lelaki disyaki terlibat kegiatan Daish ditahan

ASTRO AWANI

Empat lelaki disyaki terlibat kegiatan Daish ditahan
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiga ditahan di Sandakan, Sabah semalam iaitu dua daripadanya warga Indonesia dipercayai anggota Daesh yang berhasrat untuk menyertai pertempuran di Marawi, Filipina.
 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daish.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiga ditahan di Sandakan, Sabah semalam iaitu dua daripadanya warga Indonesia dipercayai anggota Daish yang berhasrat untuk menyertai pertempuran di Marawi, Filipina.
 
"Seorang lagi ditahan di Slim River (Perak) yang dipercayai merancang untuk menyerang warga polis," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sini hari ini.

Khalid berkata suspek berusia lingkungan 30 ke 48 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan.

Menurutnya dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa dokumen berkaitan Daesh selain senjata seperti pisau Rambo dalam tangkapan di Sandakan. -- BERNAMA 
 
 

Tiada ulasan: