Rabu, 21 Jun 2017

Diskaun tol sempena Aidilfitri di LDP, Sprint dan Kesas

ANTARAPOS.COM

Post Pic


SUBANG JAYA: Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) mengumumkan diskaun tol bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint sempena Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak dan Sprint, Sazally Saidi berkata, diskaun tol sebanyak RM0.60 diberikan kepada pengguna LDP bagi semua kelas kenderaan, manakala pengguna Lebuhraya Sprint untuk semua kelas kenderaan pula akan menikmati diskaun tol RM0.20 dan Kesas RM0.20 bagi kenderaan kelas satu sahaja.

Jelasnya, seramai 451,000 pengguna di Lebuhraya LDP dan Sprint akan menikmati manfaat tersebut daripada sejumlah RM220,000 subsidi tol yang diberikan Litrak pada Aidilfitri tahun ini.

“Diskaun tol sempena Aidilfitri pada Ahad ini akan bermula pukul 12.01 tengah malam dan berakhir pada 11.59 malam,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pengumuman tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia , Datuk Ir. Ismail Md. Salleh; Pemangku Ketua Pegawai Operasi Kesas Sdn. Bhd., Mohammed Shah Samin dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART), Sharifah Alauyah Wan Othman.


Tiada ulasan: