Ahad, 4 Jun 2017

Dasar Pemisah: Amaran JPA buang kakitangan prestasi rendah

 
Ketua pengarah JPA berkata, walaupun proses pembuangan perkhidmatan awam jauh lebih kompleks dan tidak boleh dipandang ringan, kerajaan melihat prestasi kerja yang tidak baik sebagai isu serius.


seman-jpa


PETALING JAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang berprestasi rendah di bawah Dasar Pemisah yang akan dikuatkuasakan Januari tahun depan.

Beliau berkata, dasar itu direka sebagai mekanisme periksa dan imbang bagi perkhidmatan awam dan telah diilhamkan pada tahun lepas.

“Pada hari ini (kita ada pendekatan) mengambil dan membuang kakitangan dalam sektor kerajaan,” kata beliau.

Zainal berkata, walaupun proses pembuangan adalah jauh lebih kompleks dan tidak boleh dipandang ringan, kerajaan melihat prestasi kerja yang tidak baik sebagai isu yang serius.

Minggu lalu, laporan media menyebut JPA mengenal pasti kira-kira 5,000 kakitangan yang digambarkan sebagai “mereka yang tidak berprestasi” di bawah Dasar Pemisah, yang membolehkan mereka ditamatkan perkhidmatan selepas mereka gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas tempoh pemantauan selama 6 bulan.

“Kakitangan terbabit dikehendaki menjalani program pemulihan, selepas itu tindakan akan diambil jika mereka masih tidak meningkatkan prestasi mereka,” kata Zainal.

Tiada ulasan: