Rabu, 7 Jun 2017

DAP Sarawak mohon mahkamah tangguh PRK Pujut

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP Sarawak hari ini memfailkan saman memohon mahkamah supaya menangguhkan pilihan raya kecil Pujut.
 
Menurut saman pemula yang dilihat oleh Malaysiakini, Dr Ting Tiong Choon mahu kehilangan kelayakannya sebagai ADUN Pujut diisytiharkan tidak sah.
 
Dr Ting juga memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi Kuching untuk menangguhkan keputusan kehilangan kelayakannya dan pilihan raya kecil itu, sehingga mahkamah membuat keputusan.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 20 Jun, manakala pengundian akan dijalanlan pada 4 Julai.
 
Pada 12 Mei lalu, Dr Ting dilucutkan keahlian dewan serta-merta mengikut Perlembagaan Sarawak, kerana memiliki dua kewarganegaraan - Malaysia dan Australia.
 
Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei tahun lalu, calon DAP itu menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).
 
 

Tiada ulasan: