Jumaat, 9 Jun 2017

Cukuplah Pembangkang Merosak Ekonomi Negara

Khairul Amir

Pembangkang


JIKA dilihat kepada pembangkang di negara ini, seakan sudah menjadi tugas utama mereka untuk memburukkan imej negara sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia.

Jadi, timbul persoalan, adakah tugas memajukan ekonomi negara perlu ditanggung oleh kerajaan semata-mata?

Pembangkang seharusnya sedar mereka perlu menghentikan perbuatan yang boleh menjejaskan pembangunan negara.

Ianya termasuk melakukan fitnah yang tidak betul mengenai ekonomi negara sehingga boleh menjejaskan kemasukan peluang pelaburan luar ke negara ini.

Adakah tindakan memburukkan imej negara turut dilakukan oleh pembangkang di negara luar?

Jika dilihat, keadaannya berbeza sama sekali.

Pemimpin pembangkang di negara luar tidak sedikit pun memburukkan negara mereka, malah memuji negara dan sentiasa mempertahankan imej negara mereka.

Tidak seperti di negara ini, pembangkang kita pergi ke luar negara selain tiada langsung semangat patriotik dan misi mereka mahu memburukkan imej negara.

Mereka tidak mahu ketepikan kepentingan politik demi kebaikan negara, banyak benar perbezaan pembangkang kita dengan pembangkang di negara luar.

Parti manakah dalam kalangan pembangkang yang paling dominan berbuat demikian?

Jika dilihat, DAP merupakan penyumbang utama kepada kehancuran pelaburan asing dalam negara ini dengan melakukan fitnah yang difokuskan terhadap pelabur.

Pemimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara sehingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan juga kerajaan.

Bukan sahaja DAP, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga kini telah sanggup berbuat demikian.

Sebelum ini, semasa menjadi Perdana Menteri, Mahathir pernah menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memburukkan negara menggunakan media barat sebagai tindakan berat sebelah.

Kini, Mahathir pula berbuat demikian dan menggantikan tugas Anwar yang kini sedang dipenjarakan akibat kesalahan liwat.

Jadi, apa bezanya Mahathir dan Anwar?

Tidakkah pembangkang dan Mahathir fikir apakah nanti persepsi masyarakat luar kepada negara selepas tindakan memburukkan imej Malaysia dibuat?

Sedikit sebanyak, persepsi mereka pasti akan berubah dan jika itu berlaku, bagaimana kita mahu menarik lebih banyak pelabur asing ke Malaysia?

Mahukah pelabur asing melabur di sini jika mereka mendengar pelbagai cerita buruk yang datangnya daripada bekas Perdana Menteri sendiri?

Begitu juga dengan tindakan pemimpin pembangkang lain terutamanya DAP yang bersungguh-sungguh ke luar negara hanya untuk memburukkan kerajaan.

Sepatutnya, perlu ada keimbangan dari aspek ekonomi antara kerajaan dan pembangkang.

Dalam soal imej dan ekonomi negara, seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mempertahankan imej dan bersama-sama mengembangkan ekonomi negara.

Untuk siapa semua itu dilakukan?

Sudah tentu untuk kemajuan negara dan sekali gus rakyat pasti akan mendapat manfaat daripadanya.
Tetapi, adakah pimpinan pembangkang dan Mahathir memikirkan perkara itu?

Sudah tentu tidak.

Apa yang hendak dilakukan ketika ini adalah menjatuhkan kerajaan dan tidak kisah langsung jika negara dan rakyat menerima kesan dari tindakan mereka itu.

Di sebalik tindakan pembangkang itu, saham-saham di Bursa Malaysia sebenarnya merekodkan nilai tertinggi dalam tempoh dua tahun didorong oleh aliran kemasukan dana berterusan dari luar negara berikutan prospek pendapatan korporat yang cerah.

Nilai ringgit mengukuh 0.4 peratus kepada 4,2633 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu yang tertinggi sejak November tahun 2016.

Menurut MIDF Research, pelabur asing membeli saham Malaysia untuk 17 minggu berturut-turut bernilai RM10.14 bilion.

Sehingga kini, aliran masuk bersih negara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara lain di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina.

MIDF menjelaskan, penyertaan asing kekal kukuh sambil menambah bahawa purata nilai dagangan harian pelabur asing melonjak kepada RM1.95 bilion, iaitu yang tertinggi sejak setahun lalu.

Seharusnya pencapaian itu bersama-sama ditingkatkan oleh kerajaan dan pembangkang di negara ini.
Namun, soal ekonomi negara bukan langsung menjadi keutamaan pembangkang buat masa ini.

Semuanya lebih kepada berpolitik iaitu menjatuhkan kepimpinan sedia ada yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Daripada dahulu lagi, itu sahaja yang dilakukan pembangkang di negara ini, iaitu berjuang demi kepentingan politik mereka semata-mata.

Mungkin itu sahaja yang mampu dilakukan pembangkang di negara ini.

Sewajarnya rakyat menilai, adakah pembangkang layak memerintah negara ini?

Keputusan terletak di tangan rakyat. Pastinya aura bila Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 mungkin sudah dihidu mereka yang tertentu.


Tiada ulasan: