Khamis, 8 Jun 2017

Chegubard mohon maaf kepada Istana Selangor

Berita Daily Staff

Terdahulu MAIS menggesa Chegubard menarik balik dakwaan bahawa sebuah surau digunakan untuk permukiman jentera PAS.

KUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menarik balik kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap Istana Selangor.

Menerusi kenyataannya, beliau memohon maaf dan mengaku tersilap fakta berkenaan dakwaannya bahawa sebuah surau digunakan sebagai lokasi untuk program pemukiman jentera pilihan raya PAS.

“Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan.

“Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan,” katanya.

Jelasnya beliau menerima respon daripada penduduk setempat yang mengesahkan surau yang dimakudkannya sebelum ini ditutup sejak Mac yang lalu.

“Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac
2017 setelah Masjid Al Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi,” ujarnya.

Terdahulu artikel yang ditulis Chegubard bertajuk ‘Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor’ dalam blognya, ‘Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata-kata’ pada 6 Jun lalu yang mendakwa sebuah surau digunakan sebagai lokasi untuk program pemukiman jentera pilihan raya PAS namun tidak ada tindakan dibuat.

Kemudian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa chegubard menarik kembali kenyataannnya dalam tempoh 24 jam sejak semalam, sebelum berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Tiada ulasan: