Jumaat, 9 Jun 2017

Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya

 
Chef Wan berkata menantunya beri alasan tidak dapat hadir ke mahkamah 2 hari lalu kerana ada urusan lain dan mendakwa beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya.


Chef-Wan_anak_khawin_600

PETALING JAYA: Chef selebriti Redzuawan Ismail sekali lagi mengamuk di Instagram selepas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh tidak hadir ke mahkamah syariah berhubung kes perceraian yang difailkan anak perempuannya, Serina.

Beliau, yang lebih popular dengan nama Chef Wan, menulis Gavin beri alasan tidak dapat hadir ke mahkamah Selasa lepas kerana ada urusan lain.

Beliau juga mendakwa menantunya itu berpura-pura tidak tahu mengenainya walaupun peguam mereka sudah menghantar emel kepadanya.

“Ini bukan kali pertama dia buat begini. Dia ingat kuasa penceraian itu ada pada dia sahaja? Dia bukan hanya pengecut tapi sombong.

“Kita tengok nanti setinggi mana tupai itu nak melompat? Mahkamah syariah pun ada caranya untuk jatuhkan talak jika dia tidak adil pada isteri,” kata Chef Wan, yang turut memuat naik gambar muka depan majalah Wanita 1996 yang memaparkan beliau memeluk Serina.

April lalu, Chef Wan di Instagram mendedahkan perkahwinan Serina dan Gavin tidak bahagia dan anaknya dalam proses memfailkan perceraian.

Beliau mendakwa keretakan rumah tangga pasangan itu berpunca daripada sifat kedekut menantunya dan enggan berubah selepas dinasihati.

Gavin, atau nama Islamnya, Salahudin Gafar, bagaimanapun menyanggah dakwaan Chef Wan. Beliau memberitahu FMT ahli keluarga terdekat sepatutnya tidak mendedahkan masalah rumahtannga kepada umum.

“Satu kesedihan yang besar apabila komen mengenai keluarga saya tersiar di media, sedangkan saya dan Serina bersusah payah menjaga hal peribadi kami dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan,” tulisnya.

Gavin berkata beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kerana menyediakan sebuah “penthouse” 6 bilik tidur, membayar bil utiliti, menyediakan orang gaji, membawa keluarga bercuti dan menyekolahkan anak mereka di sekolah antarabangsa.

Beliau juga mengakui Serina juga memiliki pendapatan sendiri sebagai selebriti dan tidak pernah meminta wang belanja daripadanya.

Tiada ulasan: