Jumaat, 16 Jun 2017

Bekas pesakit mahu kerajaan kaji ganja dalam perubatan



Mohd Haizal Yatiran

KUALA LUMPUR – Bekas pesakit kepada Dr. Ganja tampil menggesa kerajaan membuat kajian berkenaan pengunaan ganja dalam bidang perubatan memandangkan perkembangan positif yang dialaminya sendiri.

Seorang wanita 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Sha ketika ditemubual MalaysiaGazette berkata, gesaan tersebut berikutan beliau yang pernah disahkan mengidap Pibolar Disoder dan menjalani perubatan alternatif menggunakan ganja.

Menurutnya, setelah menerima konsultasi dan bekalan ubatan selama beberapa bulan daripada Kapten (B) Amiruddin Nadarajan Abdullah yang lebih dikenali sebagai Dr. Ganja itu, kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Selepas doktor sahkan saya mengidap Bipolar Disoder, saya tidak mengambil ubat yang dibekalkan. Saya elak untuk makan ubat dari doktor, lebih cenderung kepada ubatan organik.

“Saya hanya cuba (ganja), tahu ganja salah di sisi undang-undang, tapi apa salahnya mencuba untuk perubatan,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Berikutan kesan positif yang dialami setelah menggunakan ganja sebagai rawatan, Sha menzahirkan kekecewaaannya terhadap pihak berkuasa berhubung penangkapan yang dibuat terhadap Dr. Ganja.

Menurut beliau, sumbangan Amiruddin dalam bidang perubatan alternatif banyak membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuk kanser.

Justeru, anak kelahiran Gombak itu mahu kerajaan mengkaji semula penggunaan ganja dalam bidang perubatan.

Terdahulu, Amiruddin, 58, berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan di Klang atas 36 pertuduhan berkaitan ganja baru-baru ini.

Beliau menghadapi 14 pertuduhan memiliki kanabis dengan anggaran berat kasar hampir 100 kilo di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam pada 26 Mei lalu. – MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: