Rabu, 7 Jun 2017

Bekas ADUN pertikai speaker umum kerusi Nenggiri menerus media massa

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GUA MUSANG: Bekas ADUN Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani mendakwa Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub sengaja untuk mencemarkan imej Umno Barisan Nasional (BN) apabila mengumumkan pengosongan kerusi tersebut melalui media massa.
 
Beliau berkata, sepatutnya, Abdullah membawa perkara ke sidang DUN untuk dimuktamadkan mengikut Perkara 32 peraturan dan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
 
“Dalam Perkara 32 itu menyebut jika mana-mana masalah berbangkit sama ada seorang Ahli Dewan Negeri menjadi tidak layak daripada menjadi ahlinya, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah jadi yang muktamad,” katanya dalam sidang akhbar malam tadi.
 
Pada majlis itu, beliau disambut lebih 200 penyokongnya dari kawasan DUN Nenggeri yang berhimpun di hadapan sebuah restoran di sini ini.
 
Yang turut hadir, Ketua Puteri Umno Bahagian, Norfadzlete Aryani Mat Rosli.
 
Khamis lalu, Abdullah mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani disahkan muflis.
 
Pengisytiharan itu dibuat berikutan pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu memaklumkan Mat Yusoff yang juga wakil rakyat BN DUN Nenggiri sejak 2004 disahkan muflis.
 
 

Tiada ulasan: