Khamis, 8 Jun 2017

Anggota PGA cedera ditembak di leher

MALAYSIA GAZETTE
Asisten Komisioner Mohd. Fakri Che Sulaiman ketika menziarah Koperal Shahrul Suliman, 34, mengejar dua lelaki yang cuba melarikan selepas ditahan.


RANTAU PANJANG – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera di bahagian leher selepas ditembak ketika bertugas berhampiran pengkalan haram Syarifah di sini tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu berlaku ketika Koperal Shahrul Suliman, 34, mengejar dua lelaki yang cuba melarikan selepas ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas menahan dua lelaki yang menaiki motosikal kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki ini cuba melarikan diri dan mangsa mengejarnya. Namun tiba-tiba bunyi letupan dan rakan mangsa mendapati dia telah terbaring dengan kecederaan di leher.

“Bagaimanapun tembakan itu tidak menembusi bahagian belakang atau terkena pada organ penting,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai ditembak dengan menggunakan pistol gas.
“Kita sedang mengesan dua suspek berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih Berat) 1971/ Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.


Tiada ulasan: