Rabu, 7 Jun 2017

Anak Bazli UNIC meninggal dunia awal pagi ini

 MALAYSIA DATELINE

Bazli dan anaknya Akkahyarham Muhammad Syahid


Salah seorang anggota juara Gema Gegar Vaganza dari kumpulan UNIC, Bazli Hazwan hari ini kehilangan anak sulungnya Muhammad Syahid yang menderita barah tahap ketiga sejak Disember lalu meninggal pada jam 7.23 pagi tadi.

Muhamad Syahid, 4, yang disahkan menghidap barah tahap ketiga selepas bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru pada Disember lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Keadaan Muhammad Syahid dilaporkan menjadi lebih serius terutama apabila bahagian dalam mulutnya itu dijangkiti ulser.

Ini menyebabkan kedua-dua pipinya membengkak dan tidak boleh makan seperti biasa.

Pemergian Muhammad Syahid, dikongsi Bazli di laman Instagramnya.

"Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita. Allah sayangkan Syahid," katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zuhur ini. Berita penderitaan adik

Muhammad Syahid mula mencuri perhatian ramai sejak Mac lalu. Muhammad Syahid yang dirawat di HKL, sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi selama setahun.

Allahyarham adalah cahaya mata hasil perkahwinan Bazli dengan Asiah Abu Bakar. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Assfan, yang kini berusia sembilan bulan.

Kumpulan nasyid UNIC itu telah menewaskan lima kumpulan nasyid lain dalam program Gema Gegar Vaganza pada Mei lalu dan membawa pulang wang kemenangan menjuarai tempat pertama sejumlah RM100,000.

Tiada ulasan: