Isnin, 5 Jun 2017

33 NGO lapor polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem

SINAR ONLINE
33 NGO lapor polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar (berbaju Melayu merah) bersama beberapa NGO Melaka mengadakan perhimpunan aman bagi membantah perhimpunan "All Malaysia - Golden Gate Nation Revival Convocation" (AMGGNRC) selepas membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh hari ini. - Foto Bernama
 
 
MELAKA - Sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis membantah penganjuran Perhimpunan Jubli Jerusalem di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mohd Nizam Omar berkata, laporan itu dibuat kerana khuatir program tersebut akan menggugat kemananan dan keharmonian masyarakat di negeri ini.

"Kami mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penganjur program berkenaan bagi menjamin keamanan negara ini kerana maklumat berkaitan program tersebut telah menjadi tular di laman sosial sehingga membangkitkan kemarahan rakyat seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh dekat sini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang menabur fitnah cuba memburukkan imej pemimpin negeri ini dengan menyebarkan fitnah dengan mendakwa Kerajaan Negeri membenarkan serta mengeluarkan permit penganjuran program ini.

"Lebih buruk mereka mendakwa bahawa mengatakan Kerajaan Negerimemberikan dana sumbangan bagi menjayakan program ini," katanya.

Mohd Nizam menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan belia agar bersatu dan menjadi barisan hadapan dalam cubaan membantah sekeras-kerasnya perhimpunan itu.

"Solidariti kita sebagai rakyat amat diperlukan ketika ini. Justeru, gerakan umat Islam di negara ini termasuk anggota Gerakan Belia 4B diminta agar membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan seterusnya membatalkan program ini dan menahan golongan penyebar fitnah," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: