Isnin, 1 Mei 2017

Wan Azizah Mula Tidak Selesa Apabila Ditanya Usul Putus Tahaluf Siyasi Dengan PAS





 Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kurang selesanya apabila ditanya berkaitan usul putus hubungan politik yang dibuat oleh Muktamar PAS ketika beliau mengadakan sidang media Pakatan Harapan.

“Ini adalah sidang media Pakatan Harapan bukan (parti) Keadilan. Jadi kita tumpukan kepada Pakatan Harapan lah,”katanya.

Ketika diasak lanjut oleh wartawan berkenaan isu tersebut, Wan Azizah menjawab keputusan Muktamar PAS yang mengusulkan agar hubungan dengan PKR itu diputuskan belum lagi muktamad.

“Belum lagi diputuskan sebab PAS ada strukurnya bahawa Majlis Syura belum putuskan,”katanya lagi.

Apabila ditanya lanjut, apakah PKR bersedia apabila Majlis Syura PAS memutuskan hubungan politik dengan PKR, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada dalam sidang media itu turut mencelah sambil menjawab, “tunggu dan lihat”

Sambil tersenyum, Wan Azizah turut menjawab dengan berkata apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh PAS sebenarnya telah pun dibahaskan oleh semua pimpinan Pakatan Harapan.

“Menang kita (Pakatan Harapan) mempunyai mesyuarat antara kami dan kita melihat senerio politik yang paling baik kerana kita menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

“Dan kita mesti ambil kira semua pandangan,”katanya.

Tiada ulasan: