Selasa, 30 Mei 2017

Urus niaga 1MDB: Pemantau Switzerland tegur Credit Suisse

 
Finma menghantar satu teguran bertulis kepada bank ke-2 terbesar di Switzerland itu berhubung kelemahan dalam proses pengubahan wang haram. 


finma-credit

ZURICH: Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengeluarkan surat teguran kepada Credit Suisse, susulan “siasatan terperinci” terhadap urus niaga bank ke-2 terbesar di negara itu dengan 1MDB.

“Ketika siasatan dijalankan, tidak wujud sebarang tindakan melanggar undang-undang seliaan,” kata seorang jurucakap Finma dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel.

“Bagaimanapun, Finma menghantar satu teguran bertulis kepada bank itu berhubung kelemahan dalam proses pengubahan wang haram.”

Tiada maklumat lanjut diberikan.

Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura mengenakan penalti kewangan ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse berhubung transaksi berkaitan 1MDB, selepas mendapati kedua-dua bank itu melanggar beberapa keperluan anti pengubahan wang haram (AML) dan kesilapan kawalan

Tiada ulasan: