Ahad, 7 Mei 2017

Tiada individu bergelar Tun tersenarai dalam siasatan SPRM

ISMA WEB
 


LANGKAWI – Tiada individu bergelar Tun yang tersenarai dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi penyalahgunaan kuasa mahupun amalan rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Katanya, SPRM sentiasa mempertingkatkan siasatannya dan telah menahan beberapa individu bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk namun belum ada kertas siasatan dibuka terhadap mereka yang mendapat gelaran tertinggi kerajaan itu.

“Kadang-kadang (memang) ada aduan (diterima) tetapi kami tidak buka kertas siasatan. Aduan itu tidak semestinya cukup bukti untuk (membolehkan kami) membuka kertas siasatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Graduan Holistik 2017 di sini, semalam.

Dzulkifli berkata, kenyataannya dalam ucapan itu bagi menggambarkan SPRM tidak memilih dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk mengheret sesiapa sahaja yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan.

“(Kenyataan dalam ucaptama) itu cuma perumpamaan ataupun kata-kata sambil lalu sahaja…bukan bermaksud kami ada siasatan terhadap mana-mana (individu bergelar) Tun,” katanya.- Bernama


Tiada ulasan: