Sabtu, 13 Mei 2017

Sultan S'gor perkenan siar langsung sidang DUN

Lu Wei Hoong
 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memperkenankan cadangan agar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu disiarkan secara langsung secara konsisten.

Perkenan tersebut muncul setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini menolak cadangan oleh pihak pembangkang di DUN itu untuk berbuat demikian.

Pada ucapan pembukaan mesyuarat speaker DUN dan Parlimen Malaysia di Shah Alam hari ini, Sultan Sharafuddin berkata, rakyat berhak untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sidang DUN.

“Adalah menjadi hasrat Beta untuk melihat perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini dijalankan dengan penuh beradab dan bertanggungjawab.

"Beta tidak mahu berlakunya kejadian Ahli-ahli Yang Berhormat bercakaran di dalam Dewan dengan melemparkan bahasa-bahasa kesat dan menyakitkan hati tanpa mengawal emosi mereka.

"Beta menyedari rakyat di dalam sesebuah negeri berhak untuk mendapat akses penuh bagi mengikuti persidangan Dewan negeri," kata baginda

Tiada ulasan: