Khamis, 4 Mei 2017

SU Agung PKR Tak Bolehkah Usul Pucuk Pimpinan Pecat Exco PAS ?




Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disaran membuat usul kepada pucuk pimpinan parti Keadilan itu agar memecat tiga Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagai timbal balas perwakilan Muktamar PAS ke-63 sebulat suara meluluskan usul putusnya tahaluf siyasi dengan PKR.


“Setiausaha Agung PKR tidak bolehkah usul pucuk pimpinan PKR pecat Exco PAS ke ? Ke tak sebulu dengan YB Azmin, kurrrkurr,” soal Ameer HuJan di dalam Facebook Saifuddin Nasution Ismail.

Ameer HuJan membuat pertanyaan itu sebagai membidas sikap Saifuddin yang dilihat secara berterusan ‘menyerang’ PAS berkaitan dengan isu tahaluf siyasi.

Jika semalam, Saifuddin ‘menyerang’ PAS dengan menuduh Majlis Syura akan membuat keputusan yang bakal menguntungkan parti Islam itu dari sudut kebendaan, hari ini ‘serangan’ seumpama itu diteruskan lagi.

“Setiausaha Majlis Syura kata mesyuarat akan dibuat dalam tempoh 2-3 minggu lagi untuk membuat keputusan putus (atau) tidak dengan keADILan.

“Bacaan saya Majlis Syura tidak akan putuskan hubungan PAS-keADILan sehingga parlimen dibubarkan. Sebab? Tahu sama tahu la bro,”kata Saifuddin.

Beliau dipercayai merujuk kepada laporan Malaysiakini yang menyebut Majlis Syura Ulama PAS akan bertemu dalam masa dua minggu daripada tarikh usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan di Muktamar PAS ke-63, Ahad lalu.

“Belum ada tarikh lagi, tapi ia akan diadakan dalam masa seminggu dua ini sebab kita pun baru habis muktamar,” kata Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi portal pro DAP itu.


Tiada ulasan: