Selasa, 23 Mei 2017

Sakmongkol makin pulih selepas serangan angin ahmar

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Raub, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz semakin pulih di hospital selepas diserang angin ahmar pada Jumaat lalu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Ariff Sabri yang juga dikenali dengan nama pena di blognya, Sakmongkol AK 47 telah dikeluarkan dari unit rawatan rapi sejak Sabtu lalu dan keadaannya semakin pulih.

"Dia ok, semakin pulih," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan di hospital mana Ariff Sabri ditempatkan dan berkata, pemimpin DAP Pahang itu dinasihatkan supaya terus berehat.

Ariff Sabri, 61, sebelum ini adalah Ketua Penerangan Umno Pekan, dan pernah berkhidmat di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menjadi ketua bahagian itu sepanjang tempoh 2000 hingga 2004.

Ariff Sabri meninggalkan Umno pada tahun 2012 untuk menyertai DAP.

Beliau bertanding kerusi Raub pada tahun 2013, dan mengalahkan calon BN dengan majoriti 2,814 undi

Tiada ulasan: