PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Julai
sebagi tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pujut.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun depan.
PRK itu diadakan selepas kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon.
Sidang DUN Sarawak pada Jumaat lalu sebulat suara bersetuju melucutkan
keanggotaan ADUN dari DAP itu selepas beliau didakwa turut memiliki
kewarganegaraan Australia.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengumumkan
keputusan itu selepas undian kepada usul terbabit dijalankan dalam
kalangan ADUN, menyaksikan 70 menyokong manakala 10 menentangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan