Khamis, 18 Mei 2017

PKR masih ‘kawan’ PAS

Shawaliah Hadir


PAS juga mengesahkan tidak akan hadir Kongres Nasional PKR yang akan diadakan 19 hingga 21 Mei ini

KUALA LUMPUR: Walaupun PAS membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik, namun parti itu tidak menganggap PKR sebagai musuh.

Demikian ringkas kata Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man kepada wartawan ketika sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.

“Hubungan tahalufsiyasi PAS dengan PKR memang putus, tapi kami masih anggap kawan,” kata beliau.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang membuat keputusan untuk mengekalkan semua exco dan adunnya di Selangor.

Sementara itu, PAS dalam masa yang sama mengesahkan tidak akan menghadiri Kongres Nasional parti itu yang akan berlangsung 19 Mei nanti.

Mengakui menerima jemputan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata keputusan tersebut dibuat berdasarkan kata putus Majlis Syura Ulama 11 Mei yang lalu.

“Kita dapat jemputan tapi kemungkinan kita tidak hadir, selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata PKR telah menjemput PAS menghadiri Kongres parti itu.

Tiada ulasan: