Jumaat, 5 Mei 2017

Pilih calon bebas rasuah atau berdepan dengan risiko - SPRM

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Parti-parti politik diberi peringatan supaya tidak meletakkan calon yang terheret dengan kes rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sekiranya ingkar, pihak berkenaan perlu menghadapi risiko akan 'diburu' badan berkenaan selepas pilihan raya.
 
"Walaupun perlembagaan tidak menyatakan yang semua calon yang hendak bertanding mestilah terlebih dahulu menjalani proses tapisan dengan SPRM tetapi terpulang kepada parti-parti politik, jika mereka mahu kita lakukan proses tapisan terlebih dahulu, kita alu-alukan.
 
"Bagaimanapun jika mereka masih hendak meletakkan calon yang ada kes rasuah atau disyaki terlibat dengan rasuah, mereka mestilah berhadapan dengan risiko yang calon berkenaan menjadi subjek kepada siasatan SPRM selepas pilihan raya nanti," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam dialog dengan pengarang-pengarang kanan media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
 
Tegas Dzulkifli, menjadi tanggungjawab setiap parti politik untuk meyakinkan rakyat dengan memilih individu yang bebas rasuah sebagai calon mereka.
 
Beliau dalam pada itu memuji tindakan bekas Exco Johor yang bertindak melepaskan jawatan secara sukarela bagi melicinkan proses siasatan.  


Tiada ulasan: