Ahad, 28 Mei 2017

Pemenang pertandingan artikel ‘Kit Siang rasis’ dirahsiakan

Berita Daily Staff

Keseluruhan penajaan hadiah bernilai RM50,000 juga bukan daripada dana Umno atau peribadi, sebaliknya sumbangan individu tertentu

KUALA LUMPUR: Pemenang pertandingan penulisan artikel “Lim Kit Siang seorang Rasis, anti Islam, anti Melayu dan Diktator…Apakah benar?” dirahsiakan demi keselamatan individu tersebut, kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa.

Annuar, yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, artikel ‘Bahaya DAP kepada Melayu-Islam di Malaysia (siri 16 artikel yang dibukukan)’ merupakan pemenang hadiah utama berjumlah RM10,000 pertandingan tersebut.

“Kita memahami permintaan ini kerana ada pemenang yang tidak mahu dikenali dan mereka hanya pemerhati politik, jadi kita ikutkan kerana apa yang penting adalah mutu penulisan dan fakta yang diberi.

“Apa yang penting bahan mereka memenuhi kreteria pertandingan,” ujarnya dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan wakil di Shah Alam hari ini.

Annuar turut menegaskan, keseluruhan penajaan hadiah bernilai RM50,000 juga bukan daripada dana Umno atau peribadi, sebaliknya sumbangan individu tertentu.

Tiada ulasan: