Selasa, 30 Mei 2017

PAS dijadikan kambing hitam untuk tutup kelemahan pembangkang - Nasrudin

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pembangkang sengaja menjadikan PAS sebagai kambing hitam bagi menyembunyikan kelemahan yang ada dan menuduh parti itu sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.
 
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata selepas partinya tidak lagi bersama dalam gagasan baru iaitu Pakatan Harapan (PH), mereka pula dituduh dengan sengaja memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
 
Memetik kenyataannya di dalam Utusan Malaysia hari ini, Nasruddin yakin PH yang diterajui DAP bakal mereput kerana di kalangan pemimpinnya saling bertelagah dalam pelbagai isu.
 
“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas dan bukti-bukti yang me­nunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui sebelum ini tidak dihormati.
 
“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya Pakatan Harapan ini akan mereput,” katanya.
 
Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad baru-baru ini membidas budaya berpolitik PH yang gemar membuat tuduhan dan fitnah malah sering menuduh PAS sengaja tidak menyertai gagasan tersebut kerana mahu menyumbang kemenangan BN.
 
“Sebolehnya kami tidak mahu bercakap mengenai mereka (Pakatan Harapan). Tetapi apabila mereka mula menuduh PAS sebegitu, saya setuju dengan kenyataan naib presiden parti.
 
“Pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu akan memakan diri. Mereka menyerang PAS kononnya langkah kami keluar pakatan akan memberi kemenangan kepada BN, tetapi sebaliknya di Kelantan dan kebanyakkan kawasan lain PAS sendiri akan berdepan dengan BN,” katanya.
 

Tiada ulasan: