Ahad, 21 Mei 2017

PAS baik dengan semua parti, bukan dengan Umno sahaja

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menidakkan dakwaan pemimpin tertinggi bekas rakan tahalufnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan PAS sebagai parti yang lunak dengan Umno.
 
Katanya, PAS mengamalkan kaedah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), di mana bukan sahaja mempunyai hubungan 'baik' dengan Umno tetapi turut berbuat perkara sama kepada semua parti.
 
"Jadi sebenarnya BPMS bukan hanya ditujukan kepada Umno, kepada semua parti pun termasuklah PKR. Sebelum ini, walaupun sudah setahun lebih PKR menyerang PAS tetapi kita tak serang dan ambil tindakan. Sebab itu lah baru-baru ini sahaja. Selepas Muktamar barulah PAS mengambil tindakan melalui Majlis Syura Ulama untuk putuskan hubungan dengan PKR.
 
"Begitulah juga dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pun kita mula-mula berunding dan maknanya itulah kita cuba buat kemesraan dengan semua parti supaya boleh kita jalin hubungan dengan semua parti tetapi gagal. Jadi bila gagal maka kita pun tidak jadilah untuk bersepakat dengan PPBM. Jadi maknanya adalah tidak tepat kalau dikatakan bahawa PAS lunak dengan Umno sahaja," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Dalam pada itu, Mahfodz berkata PKR sememangnya tidak pernah menyuarakan secara lantang mengenai sokongannya terhadap akta RUU355 maka tidak seharusnya mengatakan hal tersebut sebagai satu sandiwara.
 
"Bukan sandiwara, ini kita buat kenyataan itu berdasarkan kepada fakta yang kita terima daripada kenyataan-kenyataan mereka. Jadi memanglah Datuk Seri Anwar Ibrahim dia ada kenyataan secara umum menyatakan dia sokong tetapi yang diluar ini. Luar daripada penjara ini tidak sokong dan tidak ada kenyataan yang benar-benar menegaskan dia sokong. Tidak ada. Ini bukan sandiwara," tegasnya.
 
Terdahulu, Ketua Umum PKR yang sedang menghadapi hukuman penjara menyampaikan amanatnya kepada perwakilan Kongres Nasional PKR yang berlangsung hari ini.
 
Menerusi amanatnya kepada perwakilan, Anwar kali ini menyifatkan PAS sebagai parti yang mesra Umno dan “bersandiwara” dengan PKR.  
 
Ucapan yang dibacakan oleh anaknya, Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR, Anwar berkata parti itu perlu melangkah ke depan tanpa bersandarkan lagi kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PAS
 
 

Tiada ulasan: