Ahad, 14 Mei 2017

Nedim pertahan Nora, dakwa Fasha fitnah

MALAYSIA GAZETTE



KUALA LUMPUR – Suami mana yang tidak sayang isteri apatah lagi baharu berkahwin beberapa bulan.

Contoh terbaik adalah Nedim, suami kepada pelakon Nora Danish.

Nedim pantas mempertahankan Nora yang menjadi kecaman di laman sosial apabila dikaitkan sebagai individu yang didakwa menghalau Fasha Sandha dalam satu majlis baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya itu, Nedim menjelaskan dakwaan bahawa pelakon wanita berkenaan dihalau atas arahan Nora adalah tidak benar sama sekali.

Nedim juga menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

Sementara itu, dek kerana terharu dengan sokongan yang diluahkan oleh suaminya itu, Nora turut memuatnaik sekeping gambar dengan caption ringkas.

Yang netizen pun terus berbalah antara satu sama lain.

Macam-macamlah. Entah-entah gimik. Tak payah layan sangatlah. – MalaysiaGazette
 pix nora

Tiada ulasan: