Jumaat, 12 Mei 2017

Najib dakwa pembangkang perdaya rakyat tentang GST

THE MALAYSIAN INSIGHT
Najib dakwa pembangkang perdaya rakyat tentang GST
Najib dakwa pembangkang cuba perdaya rakyat dalam isu GST. 
 .
PERDANA Menteri Najib Razak menyifatkan pembangkang sebagai cuba memperdaya rakyat dalam isu GST, berkata yang pembangkang tidak akan berani menghapuskan cukai itu sekiranya mereka mengambil alih tampuk pemerintahan.

Menerusi tulisan yang diterbitkan dalam blognya hari ini, Najib berkata yang kenyataan terbaru pembangkang yang mereka akan menetapkan cukai barangan dan perkhidmatan pada kadar 0% berbanding menghapuskan sistem secara keseluruhan ialah supaya mereka boleh menaikkan kadar itu di masa hadapan.

Tambahan lagi, katanya, pembangkang tidak akan berani menghapuskan cukai itu kerana ia membantu mengurangkan kesan kejatuhan mendadak harga minyak, salah satu sumber pendapatan utama kerajaan.

Najib menambah yang GST ialah sebab mengapa perkhidmatan awam masih boleh diteruskan dan ekonomi dalam negara tidak hancur kerana kejatuhan teruk harga minyak.

Tiada ulasan: