Isnin, 8 Mei 2017

Murid berdemo, tuntut Putrajaya selesai masalah kurang guru

OLEH ERMIZI MUHAMAD

 demonstrasi_kalumpang0805

KUALA KUBU BARU : Enam tahun berdepan masalah kekurangan guru di Sekolah Rendah Ladang Kalumpang, kira-kira 70 pelajar sekolah terbabit mengadakan demonstari agar masalah itu diselesaikan di peringkat Putrajaya.

Bantahan diadakan di perkarangan luar sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan ibu bapa sekolah berkenaan.

Sebuah video berdurasi 1.15 saat memaparkan demonstrasi itu turut dimuatnaik pengguna laman Sosial, Eric Raam.

Dalam video berkenaan, beberapa murid turut membawa plakad menuntut isu berkenaan diselesaikan segera.

Sementara itu, Yang Dipertua Sekolah, B Raj Kumar berkata, kekurangan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik menjejaskan pembelajaran pelajar.

“Sebab itu, kami mengadakan mogok [demonstrasi] bagi menyatakan desakan dan tuntutan secara serius berhubung masalah ini agar diselesaikan segera.

“Sekolah ini hanya mempunyai 10 guru bagi mengajar 88 murid.

“Tapi tiada seorang guru pun yang dikhususkan untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Keadaan ini menyebabkan guru lain terpaksa mengambil inisiatif mengajar jika diperlukan,” katanya, lapor The Malay Mail Online.

Susulan itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan mengarahkan Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) mengisi jawatan dua guru baru di situ, lapor Sinar Harian.

Tiada ulasan: