Selasa, 16 Mei 2017

MIC sasar menang 7 kerusi Parlimen, 13 DUN pada PRU-14

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Cameron HIghlands ialah milik MIC dan parti itu akan meletakkan calonnya di situ untuk pilihan raya umum ke -14 walaupun MIC sedar ada parti komponen n yang berminat bertanding, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam ,

Beliau mengulangi perkata itu ketika menegaskan bahawa MIC menyasarkan memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 28 kerusi yang akan ditandingi pada PRU14.

Mana-mana pihak akan membuat pelbagai tuntutan sebelum pilihan raya dan ia perkara biasa, katanya pada sidang media selepas merasmikan sebuah persidangan ‘Southeast Asia Public Health Nutrition di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas membayangkan untuk bertanding bagi kerusi itu yang kini disandang bekas Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel.

Dr Subramaniam enggan menyatakan mengenai ‘kerusi-kerusi selamat’ yang dijangka akan dimenangi MIC pada pilihan raya itu.–Bernama

Tiada ulasan: