Khamis, 25 Mei 2017

Mesir sekat 21 laman web, termasuk Al Jazeera

 
Kerajaan Mesir menuduh Al Jazeera menyokong keganasan.


internet 

KAHERAH: Mesir menyekat 21 laman web, termasuk laman web utama milik Qatar televisyen al-Jazeera, kerana “menyokong keganasan”, lapor agensi berita, MENA dan sumber keselamatan.

Reuters cuba mengakses 5 laman web yang dinamakan akhbar tempatan dan penyiar Mesir, termasuk laman web Al Jazeera, dan mendapati ia tidak boleh diakses.

Setakat ini tidak ada kenyataan rasmi berkenaan isu itu.

Seorang pegawai dari pihak berkuasa komunikasi Mesir tidak dapat mengesahkan atau menafikan berita itu, namun berkata: “Apa masalahnya jika ia benar? Ia bukan satu masalah.”

MENA memetik satu sumber kanan keselamatan sebagai berkata beberapa laman web Mesir seperti Masr Al Arabiya di mana kerajaan mereka dibiayai Qatar, disekat kerana mereka menyokong keganasan.

“Satu sumber kanan keselamatan berkata, 21 laman web disekat di Mesir kerana mempunyai kandungan yang menyokong keganasan dan ekstremisme termasuk penerbitan palsu,” kata MENA.

Sumber keselamatan berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap laman web, lapor MENA.

Dua sumber keselamatan memberitahu Reuters, laman web berkenaan disekat kerana bergabung dengan kumpulan Ikhwan Muslimin yang diharamkan kerana dibiayai Qatar.

Kaherah mendakwa Qatar menyokong Ikhwan, yang dijatuhkan pada 2013 apabila tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi.

Tiada ulasan: