Jumaat, 12 Mei 2017

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit


 
Oleh Ahmad Lutfi Othman

KDN masih kekalkan peraturan karut-marut dan primitif serta memperbodohkan rakyat pada zaman ledakan maklumat dan era informasi di hujung jari. 

Sepatutnya syarat-syarat tambahan yang mengkhususkan premis jualan akhbar rasmi atau organ parti itu sudah lama dimansuhkan.

Justeru, pemimpin oposisi harus sepakat berkempen atau melobi agar tiada sebarang sekatan jualan dikenakan kepada lidah rasmi masing-masing.

Tubuh atau jasad tanpa organ yang sihat, bagaimana ia dapat berfungsi dengan sempurna.

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit; tidak cukupkah dengan pemilikan media tanpa batas oleh suku-sakat Umno-BN sekarang.

Gertak, ugutan, rampas. Ya, ia memang menakutkan pengedar-peruncit yang mencari satu dua sen keuntungan untuk setiap naskhah yang terjual, yang sebenarnya makin merosot dari hari ke hari.

Namun, tragedi lebih buruk adalah proses pembodohan ini seperti dibiarkan bermaharajalela tanpa sebarang bantahan tersusun, termasuk daripada aktivis demokrasi dan pejuang kebebasan bersuara sendiri.

Tiada ulasan: