Selasa, 30 Mei 2017

McD samak restoran selepas pelanggan bawa anjing

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera McDonald's menyamak salah satu restorannya di Bukit Indah di sini ekoran tindakan sekumpulan remaja membawa anjing ketika menjamu selera.
 
McDonald's dalam satu kenyataan berkata proses pembersihan segera dilakukan di seluruh lobi restoran berkenaan dengan mengikut tatacara dan panduan daripada pegawai masjid berdekatan.
 
“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.
 
“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami,” demikian kata kenyataan McDonald’s.
 
Gambar yang menunjukkan seekor anjing duduk di atas meja bersama sekumpulan remaja sedang tular di laman-laman sosial.
 
Ia mengundang pelbagai reaksi daripada pelayar Internet, terutama yang beragama Islam.
 
Sebagaimana memetik kenyataan McDonald's menerusi Harian Metro, mereka meluahkan rasa kesal terhadap insiden terbabit apatah lagi mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain.
 
Malah ia didakwa melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan yang melarang haiwan peliharaan dibawa ke kedai makan, serta peraturan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 
 

Tiada ulasan: