Jumaat, 26 Mei 2017

Lebih 1,000 ahli PPBM Perak keluar parti

ANTARAPO.COM

Post Pic
 
 
IPOH: Lebih 1,000 ahli termasuk 50 pemimpin peringkat negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta hari ini.
 
Antara yang bertindak demikian termasuk Ketua Bahagian PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Bahagian PPBM Teluk Intan, Jemaat Yaacob serta lapan bahagian lain.
 
Menurut Azrul Suhadi, tindakan itu berikutan muak dengan kemelut yang ditimbulkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
 
“Keputusan ini kami lakukan kerana telah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti yang sengaja ditimbulkan Muhyiddin.
 
“Kami juga ingin mengingatkan pemimpin PPBM supaya bermuhasabah dan jangan menunding jari kepada pihak lain terhadap apa yang berlaku kepada PPBM ketika ini. Ini semua kerana tindak tanduk mereka.
 
“Kami yakin ramai lagi akan meninggal parti selepas ini,” katanya lapor Utusan Online.
 
PPBM kini dilatari konflik dalaman yang menyaksikan beberapa pemimpin parti itu bertindak keluar parti dan meletakkan jawatan.
 
Bulan lalu, salah seorang pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman bertindak keluar parti kerana mendakwa kecewa dengan hala tuju parti yang terpesong, selain amalan 'kasta' dalam parti itu.
 
Terbaru, pada Selasa lalu, Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana mendakwa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda parti.
 
Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.
 
Malah baru-baru ini wujud pula desakan agar Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai presiden selepas berlakunya kepincangan dalaman parti

Tiada ulasan: