Isnin, 29 Mei 2017

Kumpulan pertama jemaah haji berlepas 24 Julai

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Arab Saudi pada 24 Julai ini untuk menunaikan rukun Islam ke-lima, demikian menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
 
Kumpulan tersebut merupakan sebahagian dari jumlah keseluruhan seramai 30,200 bakal haji dari negara ini.
 
“Kesemua bakal haji telah dimaklumkan melalui surat yang dihantar kepada mereka dan kami juga berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberi penambahan kuota jemaah haji berbanding tahun lalu.
 
“Jemaah juga sudah memberi maklumbalas surat tersebut dan kini pihak Tabung Haji sedang sedang mempertingkatkan proses lojistik bagi memastikan perjalanan haji kali ini berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.
 
 

Tiada ulasan: