Sabtu, 6 Mei 2017

Kit Siang Sebenarnya Ketua ‘De Facto’ Pakatan Harapan




Strategi menyembunyikan kedudukan Lim Kit Siang dalam carta organisasi Pakatan Harapan (PH) dilihat berlawanan dengan realiti sebenar dan mengesahkan bahawa penasihat DAP itu merupakan ketua ‘de facto’ PH.


Ia dianggap berlawanan dengan realiti sebenar kerana Kit Siang sebelum ini dilihat terlalu dominan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH), termasuk peranannya dalam membubarkan PR dan menubuhkan PH untuk menyingkirkan PAS sebagai salah anggota kerabat pakatan pembangkang tersebut.

Malah, Tun Mahathir Mohamad perlu berjumpa dengan Kit Siang terlebih dahulu sebagai isyarat meminta izin untuk menyertai PH.

Namun apabila PH membuat keputusan untuk mendaftar pakatan pembangkang itu sebagai gabungan yang sah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), nama Kit Siang telah ditiadakan.



Melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengerusi PH selaras dengan gesaan DAP sebelum ini yang mahu menjadikan Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

“Jika merujuk kepada carta itu, Wan Azizah lah adalah calon Perdana Menteri manakala ada 3 orang yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri PH iaitu Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Muhyiddin,” ulas Tok Adi The Justice.

Strategi menyembunyikan kedudukan Kit Siang dalam organisasi PH itu menyamai taktik mengelirukan peranan penasihat DAP dalam partinya sendiri.

Sudah menjadi rahsia terbuka, Kit Siang merupakan ketua ‘de facto’ DAP walau apapun jawatan yang disandangnya.

Namun, apabila parti mengeluarkan carta rasmi di laman web parti itu, kedudukan Kit Siang sengaja diletakkan di barisan kedua akhir sebaris dengan anggota-anggota parti yang dilantik.

Taktik ini bertujuan untuk mengelirukan masyarakat awam supaya mereka membuat andaian bahawa peranan Kit Siang tidak penting dalam parti, walhal di kalangan aktivis DAP mengetahui bahawa Kit Siang merupakan ketua ‘de facto’ parti.


Di Mana Kedudukan Kit Siang Dalam Pakatan Harapan, Soal Bekas Aktivis DAP

Tiada ulasan: