Khamis, 4 Mei 2017

Ketua Hakim Mahkamah Syariah W.Persekutuan buat laporan polis terhadap Rafizi

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa hakim syariah terlibat dalam gejala rasuah.
 
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya sebentar tadi. 
 
Menurut Mahammad, laporan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Rafizi ketika Sidang Parlimen Rakyat pada 10 April yang mengatakan bahawa rasuah dalam kalangan hakim Mahkamah Syariah lebih tinggi berbanding Mahkamah Sivil.
 
"Rafizi juga telah menyebut bahawa orang yang gaji rendah diberi kuasa besar sehingga boleh memenjara smpai 30 tahun sudah tentu kuasa itu jika tidak diselia dengan baik, dia akan terbuka kepada salah guna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Turut membuat laporan yang sama adalah Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Ideris.
 
Pada 10 April lalu, Rafizi membangkitkan mengenai Rang Undang-Undang persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Beliau membangkitkan mengenai isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang tidak menyentuh mengenai kenaikan gaji hakim mahkamah Syariah.
 
Kata Rafizi, perkara itu boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.
 
 

Tiada ulasan: