Rabu, 17 Mei 2017

Kedai pengurup wang rugi RM2 juta disamun 3 lelaki bersenjatakan pistol tiruan

THE MALAYSIAN TIMES


IPOH: Sebuah kedai pengurup wang di Jalan Mustafa Al Bakri kerugian kira-kira RM2 juta selepas pelbagai mata wang asing termasuk Ringgit Malaysia dibawa lari tiga lelaki, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 6.45 petang itu berlaku sebaik sebelum premis ditutup, tiga suspek memakai topi keledar dan bertutup muka serta bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang tangan pengawal keselamatan sebelum merampas senapang patah.

“Suspek kemudiannya mengarahkan pekerja membuka peti besi serta mengambil wang di dalamnya. Kesemua lelaki itu kemudian melarikan diri bersama senapang patah itu dengan menaiki sebuah Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sum berkata polis menjumpai dua pistol tiruan yang digunakan suspek berhampiran kedai itu.

Pihak polis sedang menyiasat kes dan meneliti rakaman daripada kamera litar tertutup untuk menjejaki ketiga-tiga suspek itu

Tiada ulasan: