Ahad, 7 Mei 2017

Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal

 
Dalam kejadian pada 7 pagi tadi mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit.


Patah-kaki

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun patah kaki kanan selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya di Jalan Sungai Ular, Kulim, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi tadi mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit.

Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.06 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kaki mangsa tersepit pada bahagian rim motosikal sebelum operasi mengeluarkan kaki mangsa dilakukan.
Mangsa diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kulim.

Sebuah jentera dengan 5 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech terlibat dalam operasi menyelamat.

Tiada ulasan: