Khamis, 4 Mei 2017

Ideologi IS di sekolah tahfiz ? Hanya propaganda, kata NGO

 
Syed Sharim Shayid Khalim mendakwa ini adalah satu langkah untuk menukar sekolah tahfiz kepada sekolah agama bantuan kerajaan.


Syed-Sharim-Shayid-Khalim-1


PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat Menteri Besar Pahang (MB) Adnan Yaakob pada Rabu hanyalah propaganda bertujuan untukmenjejaskan nama sekolah agama (maahad tahfiz), kata sebuah NGO Islam.

Menurut Setiausaha Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) Syed Sharim Shayid Khalim, kenyataan Adnan mencemarkan integriti institusi Islam seperti tahfiz dan madrasah.

Adnan berkata kerajaan Pahang akan mengeluarkan garis panduan kepada sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini untuk mencegah penyebaran ideologi IS, selain memastikan kebajikan pelajar.

Syed Sharim tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan mendakwa kerajaan mendesak institusi tahfiz dengan isu-isu yang tidak relevan.

“Memang kami tak ajar budak-budak perkara macam tu. Jangan katakan senapang atau pistol, pisau pun kami tak bagi dia orang pegang. Mereka jadikan itu sebagai alasan untuk mengharamkan sekolah-sekolah tahfiz.”

Beliau berkata kebanyakan sekolah tahfiz, walaupun tidak berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namunmempunyai garis panduan kurikulum yang ketat.

Syed Sharim juga mendakwa ini adalah satu langkah untuk menukar sekolah tahfiz ke sekolah agama bantuan kerajaan.

Dilaporkan kerajaan Pahang sedang merangka garis panduan bagi maahad tahfiz di negeri ini untuk menjaga kebajikan dan kepentingan murid.

Adnan berkata seminar dan dialog akan diadakan tidak lama lagi untuk menjana idea dan pandangan daripada pihak berkaitan, termasuk pengendali serta penyelia sekolah tahfiz untuk menggubal garis panduan.

Tiada ulasan: