Ahad, 28 Mei 2017

Hulu Selangor akan kekal milik MIC

Pada pilihanraya yang akan datang MIC akan memastikan perwakilan yang bertanding akan mencapai kemenangan yang mutlak

KUALA LUMPUR: “Parlimen Hulu Selangor merupakan kerusi MIC maka MIC tidak akan melepaskannya kepada sesiapapun”, demikian kata Presiden MIC Dr Subramaniam.

“Pada pilihanraya yang akan datang kami akan memastikan perwakilan yang bertanding akan mencapai kemenangan yang mutlak,” katanya selepas melancarkan Pemukiman 2 hari MIC Hulu Selangor di Sungkai, Perak semalam dianjurkan oleh MIC bahagian MIC Hulu Selangor.

Ujarnya, masalah dalaman dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa di semua organisasi akan tetapi kita sebagai pemimpin haruslah mengenalpasti masalah tersebut dan mempunyai pemikiran yang terbuka untuk menanganinya dan pendekatan ini membolehkan segala usaha dan fokus kita bagi membantu masyarakat.

Beliau juga menyeru kepada ketua ketua MIC untuk sentiasa berfikiran terbuka bersepakat dan berjasa kepada rakyat bagi membawa perubahan dalam masyarakat.

“Walaupun kita mempunyai perbezaan pandangan politik. Apabila kita tidak bersatu dan sentiasa berpecah bela mengikut hala tuju masing masing, maka ianya akan menjejaskan masa depan masyarakat dan sokongan mereka terhadap parti,” kata Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan.

Pemukiman selama dua hari ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor dan juga Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan ,Ketua Ketua cawangan MIC Hulu Selangor dan Ketua Bahagian S Balasundram.

Tiada ulasan: