Jumaat, 19 Mei 2017

Hasil bedah siasat kali kedua Thaqif dijangka diketahui dua minggu lagi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat kedua pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
 
Ujarnya, bedah siasat kali kedua itu dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian pelajar berusia 11 tahun itu.
 
"Saya ingat daripada segi pemeriksaan mayat sudah lengkap, (cuma) mereka (pasukan forensik patalogi) tak sangka dia (Mohamad Thaqif) meninggal dunia. 
 
"Ketika pembedahan memotong kaki, dia masih hidup. Selepas itu, malangnya budak itu meninggal dunia. 
 
"Namun, sekarang pasukan itu memerlukan maklumat tambahan membabitkan punca kematian, sebab itu buat pemeriksaan kali kedua," katanya pada sidang media Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Ortopedik, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.
 
Kubur pelajar tahfiz itu yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula semalam oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis.
 
Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.
 
 

Tiada ulasan: